Isnin, 17 Disember 2012

PETUA MAT PANCING

lumayan tuk makan setahu...heee banyak basa basi plak dah..tengoklah ni petua memancing delokeennn: Mengekalkan Kesegaran Ikan Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air. Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam. Daun Sireh/Tembakau Rokok Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir. Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir. Telur Rebus & Pulut Kuning Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’. Kunyit & Tepung Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing. Tersesat Didalam Hutan Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui. Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah. Menjaga Umpan Perumpun Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun. Mencari Perumpun Pasir /Laut Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar. Kasut Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Kata mereka. Daun Ketapang Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan. Langkah Batang Pancing Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidak dilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakan batang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset. Mulut Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising. Kaki Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya. Meludah Umpan Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang. Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu. Tentang Ikan sembilang Terdapat 3 jenis sembilang yang biasa ditemui di negara kita iaitu sembilang sungai, sembilang karang dan gemang. Gemang adalah spesies berkepala lebih besar dari sembilang biasa dan berkulit cerah sedikit. la merupakan spesies yang lebih besar dari sembilang biasa. Barisan giginya lebih kasar. Ramai berpendapat sembilang apabila besar dipanggil gemang. Sebenamya gemang cuma tergolong dalam keluarga sembilang. Bagi saya, anda boleh membuat perbandingan di antara sembilang dan gemang dari segi ciri-ciri yang saya sebutkan tadi untuk mendapatkan kepastian yang lebih. Dari kecil, kedua-dua spesies ini sudah mempunyai perbezaan 'rupa' tetapi mempunyai sifat yang lebih kurang sama. Sembilang karang (Plotosus lineatus) lebih kecil dari sembilang biasa dan gemang. la berkulit gelap, mempunyai jalur cerah di badan dan kulitnya lebih cantik dan menarik dari abang-abangnya. Namun begitu anda jangan terpedaya kerana ia mempunyai sengat yang lebih 'power' dari abangnya walaupun berbadan kecil. Keluarga sembilang mempunyai 3 duri, satu di sirip atas dan sepasang di kiri dan kanan yang tajam atau lebih dikenali sebagai sengat berbisa yang cukup membuatkan mangsa berperang dengan kesakitan lebih kurang 3 hari. Saya sendiri pernah dua kali merasai denyutan bisanya yang membuatkan kawasan sengatan bengkak selama 4 hari. Sakit... malas nak cerita panjang dan anda jangan mencubanya, kes 'naya' adanya. Lebih-lebih lagi sengatnya tersembunyi di sebalik deretan sirip yang lembut seolah-olah ia tidak mempunyai duri yang keras lagi tajam
la mempunyai 4 misai di bahagian atas bibir mulutnya yang keras manakala 4 lagi di bawah bibir mulut yang bergigi halus tapi tajam. Misai atau sesungutnya (maxillary barbel) di bahagian paling tepi harnpir mengenai sirip dan sengat di kiri dan kanannya yang kesemuanya 4 pasang. Sesungut digunakan sebagai alat pengesan (deria bau) untuk mengesan kehadiran mangsa dan makanan terutama pada waktu malam dan di air yang keruh. Habitat Dan Sifat Bagaimanapun ketika air surut, spesies ini gemar kepada kawasan bertunggul kayu atau yang mempunyai reba di dasar muara sungai, di kawasan jeti pemunggahan ikan dan dermaga asalkan mempunyai struktur pelindung. Masa ini, ia dikatakan kurang aktif (makan) atau lebih kepada berehat sementara menanti pergerakan air pasang. Bagi mereka yang biasa menyelam di persisiran pantai, kadang-kala anda boleh jumpa sederet ikan sembilang yang jumlahnya melebihi 30 ekor berselindung di belakang kayu.
Ikan sembilang bergerak secara berkumpulan yang besar dan sesetengahnya dilaporkan sehingga beratus ekor. la juga gemar mendiamkan diri pada air yang agak dalam walaupun sifatnya gemar mencari makanan di air cetek. Sembilang karang pula mudah diperolehi di kawasan batu karang atau kawasan pantai Semenanjung. Umpan Ikan ini kurang memilih umpan namun seperti spesies lain, ada di antara umpan yang meniadi kegemaran atau diet utamanya. Perumpun adalah yang terbaik selain udang, sotong, siput, anak ketam, kupang (siput sudu) serta anak ikan. Begitu juga penggunaan telur belangkas yang dikatakan paling mujarab untuk mengurnpan sembilang. Kebanyakan pemancing lama menggunakan telur belangkas yang dibakar dan ditaburkan di kawasan pilihan seperti gigi air atau anak muara sungai bagi mengundang sembilang datang sebelum mata pancing dilontarkan dengan umpan perumpun atau isi siput. Telur belangkas menjadi wangi selepas dibakar dan sembilang dikatakan mampu menghidu kehadiran telur belangkas yang mempunyai protien serta khasiat yang diperlukan. Bukan saja sembilang malah ikan lain juga gemar kepada telur belangkas yang biasa bertelur di gigi air dan kawasan berpasir. Sembilang juga menyarnbar umpan hidup seperti anak belanak, selangat dan bebolos jika ia terjumpa. Teknik Cara terbaik memburu sembilang ialah di sekitar kawasan yang menjadi kegemaran spesies bermisai lapan ini seperti yang ditulis di atas. Jika memancing dari pantai, anda perlu mencari kawasan berkuala sedikit atau pantai yang mempunyai anak sungai atau alur air. Labuhkan umpan pilihan terutama perumpun atau isi siput sungai di kawasan sekitar di 'pintu masuk' kuala terutama masa pertukaran arus terjadi sama ada bergerak surut atau mengolak pasang. Sembilang yang lapar akan meninjau kawasan terbabit untuk memburu mangsa sarna ada ketika ia masuk ke dalam atau keluar dari anak sungai tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan